Wednesday, December 12, 2007

Lagi tips penjimatan Elektrik

Mungkinkah anda sering keberatan untuk melihat bil
elektrik setiap kali bil baru sampai ke pintu rumah?

Ini kerana tentu anda tidak mahu memeningkan kepala
dengan memikirkan beban bil elektrik yang terpaksa di
bayar.

Oleh itu, biarlah saya kongsikan beberapa tips di
bawah supaya anda dapat menjimatkan bil eletrik
bulanan.

Baiklah, kita mulakan dengan penjimatan di ruang tamu
yang selalunya kerap kita gunakan samada untuk
menonton tv atau membaca surat khabar atau sambil
bersantai bersama-sama keluarga.



1) Suis
Tutup suis elektrik yang tidak digunakan.

2) TV, Pemain VCD/DVD, Video Game, HiFi, Tutupkan suis
peralatan di atas jika tidak digunakan. Sekiranya
dibiarkan pada keadaan 'tunggu sedia', tenaga elektrik
masih digunakan.

3) Penghawa Dingin
-Tutup bidai dan langsir bagi menghalang cahaya
matahari masuk ke ruang yang ingin didinginkan.

-Cuci penapis udara sekerap yang mungkin.
Penapis udara yang kotor menyebabkan penghawa dingin
menggunakan lebih tenaga elektrik.

-Tetapkan suhu di antara 22C - 26Celcius untuk
keselesaan suhu yang optimum.

-Jangan halang unit luar (compressor) daripada
mendapat kitaran udara yang maksimum.

4) Lampu
-Padam lampu apabila tidak digunakan.

-Sebaik mungkin yang boleh gunakanlah cahaya
semulajadi.

-Gunakanlah mentol 'energy saving'. Ia bukan sahaja
menjimatkan elektrik malah tahan lebih lama.

Selamat mencuba

0 comments: