Sunday, September 30, 2007

Tips-tips penjimatan elektrik‏

Salam Sejahtera Pengguna Elektrik,

Ramai para suri menghabiskan masa di dapur.

Bagi yangmempunyai pembantu rumah, selalunya mereka nilah yangbanyak menggunakan alat-alat elektrik seperti mesinbasuh dan peralatan elektrik lain.

Apa kata anda latih mereka dengan tips-tips ini demi penjimatan bil elektrik anda.

1) Cerek letrikMasak air mengikut sukatan air yang diperlukan.

2) Mesin basuh-Gunakan mesin basuh dengan sepenuhmuatan tanpa melebihi had.
-Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaiandengan saiz keperluan keluarga anda.

3) Peti sejuk-Pastikan muatan peti sejuk adalah berpatutan.
Muatan yang berlebihan akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada yang sepatutnya. -Sejukkan makanan terlebih dahulu sebelummenyimpannya di dalam peti sejuk.

-Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat dan dibuka apabila perlu.

-Tempatkan peti sejuk sekurang-kurangnya4 inci daripada dinding supaya motor peti sejuktidak terlebih beban.

Selamat mencuba

Uniknya Kejadian Buah Kurma

Salam sejahtera..
untuk kali ini saya kongsikan Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

> Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
> sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
> setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang
> paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure'
> Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada
> bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian
sains merupakan
> buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam
> tubuh.
> Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar.
> Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak

> mengetahuinya.
>
> Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk
> mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang
> bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua

> krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul
> kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah
Pak Long Isa pernah
> tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul
> kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t.
> ciptakan Nabi Adam
> a.s.
>
> Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam
> melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh
> Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat

> dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
> oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
> berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
> mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar,
> tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan
> kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok
> tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
>
> Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus
> dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses
> pendebungaan
betina
> dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar
> jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya,
> berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit

> dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan
> berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga
> jantan ia mengeluarkan debu-debu halus.
>
> Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas
> (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar

> betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua
> tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang
> terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang

> elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak
> boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar
> tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan
> manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.
>
> Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah

> musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi
> sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan
> berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada
> satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses
> pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu
> yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.
>
> Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk
> kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
> " Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
> sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau
burung
> yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah
> s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan
> manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan
> turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman
ini.
> Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak
> Long.
>
> Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
> keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long
> Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,
"Gosok
> pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata
> kami
> tergamam.
>
> "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
> tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan

> manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah
> kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah
> saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
> Rasulullah s.a.w. dan
> Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik

> buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia
> sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah
> asal kejadiannya.
> Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya
> di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca
> yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi
> barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar. "Selamat Menunaikan
> Ibadah Puasa."....


Subhanallah......
Jumpa lagi...

PETUA IMAM SYAFIE

Salam Sejahtera rakan-rakan,

Untuk hari ini saya ingin berkongsi petua dari Imam Syafie,

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

> 1. makan daging
> 2. memakai haruman
> 3. kerap mandi
> 4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

> 1. banyak berkelamin (bersetubuh)
> 2. selalu cemas
> 3. banyak minum air ketika makan
> 4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

> 1. duduk mengadap kiblat
> 2. bercelak sebelum tidur
> 3. memandang yang hijau
> 4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata

> 1. memandang najis
> 2. melihat orang dibunuh
> 3. melihat kemaluan
> 4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

> 1. tidak banyak berbual kosong
> 2. rajin bersugi (gosok gigi)
> 3. bercakap dengan orang soleh
> 4. bergaul dengan para ulama> > >


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI > Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH > Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. >

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA > Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN > Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wassalam

Friday, September 28, 2007

Khas Untuk Peminat Fesyen


Salam benua sahabat,

Kali ini khas untuk penggemar fesyen...
anda fikir2kan lah ya..

kondom pun boleh jadi fesyen.....Inilah dunia...






Panadol Vs 100Plus

Cerita kesihatan pulak....

Health news!!!!!
DON'T TAKE PANADOL,PANADOL ACTI FAST or PANADOL SOLUBLE especially if you have gastric problems

FYI... One real story from a friend....

My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.

The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain.

As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well. Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol .

If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

Fikir-fikirkan..

Duit RM50 Baru Coming Soon


Salam semua,
Ini yang baru saya terima. Duit RM50 baru. Coming soon...
Tak tahu ler betul ker tak..


Cantik tak???;)


muka depan nya



muka belakang nya

ok,jumpa lagi..

Cara Cari Malam Lailatulqadar

Salam sahabat semua,
Untuk kali ini, saya ingin kongsikan artikel berkenaan malam lailatulqadar. Ini hasil bacaan saya,semoga kita bertemu dengannya.

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA)ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Selamat berjaya.;)

Thursday, September 27, 2007

Hati-hati Jenayah Terancang

Salam Sejahtera, buat sahabat-sahabat semua,
Artikel saya terima ini untuk dikongsi bersama anda semua.

Dengarkanlah... buatkanlah..... katakanlah.....

Berhati-hati,kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau perfume, tolong jgn hidu..
Terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut menghidunya..sejurus kemudian gadis itu pengsan.
sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..
so beringat2 lah la ni macam2 kes jenayah ada.......


AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan Melayu Islam.
-------------------------------------------------------------------------------------------
watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.Sebarkan kalu sayang pada islam!!


Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita datang untuk penuhi panggilannya... Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.

Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada mereka..

Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki........ Baca, sebut lepas tu forward...

Assalamu 'alaikum,

Sekadar Renungan bersama :-
Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha IllalLah".
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan jantung kita.

Panjangkan dan fowardkan artikel ini kepada seramai mungkin saudara, sahabat, kenalan seislam dengan anda....

Salam Ramadhan....

Tuesday, September 25, 2007

Dalam Solatku Yang Sudah Sekelian Kalinya....


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..

Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah “Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.



Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali.




Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah “Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..



Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..



Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..





Rencana ini dipetik dan diolah dari eNovel Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist. Untuk mendapatkannya, sila email kepada satuhala@yahoo. com

Mengenai Wanita & Kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Kubur Berkata Sewaktu Jenazah FATIMAH AZ-ZAHRA Hendak Diturunkan...

--------------------------------------------------------------------------------
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a )
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
wallahua`lam

Tips Takutkan Hantu

takut hantu??? haa..lepas ni kalau anda terjumpa hantu ikut cara-cara di bawah:-

POCONG:hantu yang berbungkus macam lepat pisang ni memang mudah dicari kelamahannya..kita cuma perlu buka tali pengikat di atas dan rentap kain balutannya..dah tentu pocong ni akan malu kerana kerana dia takpakai apa-apa pun selain kapan pembungkusnya..

LANGSUIR:hantu ini suke pandang muka kite,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil menjerlikan lidah..kalau tidak pon,tunjuk cermin muka kat langsuir,pasti dia malu sebab mukanya hodoh..

PONTIANAK:hantu yang suka ketawa..kalau terserampak ngan pontianak,kita pon mesti kena ketawa sama..kalau boleh mengilai lebih kuat dari dia,tentu pontianak tu boring..

HANTU RAYA:hantu ni suka beraya dan suka menjadi tuannya..cara mengalahkannya senang saja.buatlah macam anda sedang sambut hari raya tiap kali jumpa hantu raya,bagi dia duit raya, ajak main meriam buluh,kacau dodol,anyam ketupat dan jaga lemang,tentu hantu ini taubat tak mau kacau kita sebab banyak betul kerja dan aktiviti dia kena buat..

HANTU GALAH:hantu inilah yang paling tinggi di muka bumi..kalau terserempak dia,kita hendaklah meniarap di bawah kangkangnye,kemudian ketawa sambil tunjuk anunye..pasti hantu galah ni boring dan malu yang teramat sangat..

JERANGKUNG:hantu ni ade kulit nipis..tinggal rangka saje..paling mudah untuk menewaskannya,iaitu lari ke rumah yang ade bela anjing..geranti jerangkung lari lintang pukang sebab takut kena kerkah dek anjing tadi..

TOYOL:lagi senang nak kalahkan..bagi duit satu sen berguni2..nanti si toyol ni ingat duit emas,lepas tu dia pikul baalik bagi tuannya..lepas tu sahlah dapat penampar jepun dari tuannya kerana mane nak tukar duit satu sen banyak tu??

LEPAS BACE TIPS NI,DAH TAK PAYAH TAKUT2 DENGAN HANTU LAGI..

TAKUTLAH PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRIR LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!SELAMAT MENCUBA!!

Pemilik Akaun Maybank: Berhati-hati

Salam sahabat semua. Baru-baru ini saya dapat emel dari seorang rakan begini,
------------------------------------------------------------------------------------

Actually ada sorang kawan aku forward email ini. Semoga dapat jadi ingatan utk semua pemegang akaun Maybank :

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine :-

1. For the first time when you enter the right pin number, a message "invalid pin number" pops up.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message " invalid pin number, please call this number "xxx-xxxx" pops up.

3. If you call this number, you will lose all your money...!

NOTE : if you encounter the above matter, please DO NOT call the number.

One of my friends just lost RM 700.00 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money.

Please forward this to your friends.

Best Regards,

Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing Menara Maybank
Tel : 03-20708833
--------------------------------------------------------------------------------------------

So,minta disebarkan kepada rakan-rakan supaya berhati-hati dengan perkara ini khususnya pemilik akaun Maybank.

Jumpa lagi..