Sunday, September 30, 2007

Uniknya Kejadian Buah Kurma

Salam sejahtera..
untuk kali ini saya kongsikan Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

> Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
> sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
> setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang
> paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure'
> Madinah yan berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada
> bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian
sains merupakan
> buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam
> tubuh.
> Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar.
> Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak

> mengetahuinya.
>
> Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk
> mengerjakan umrah semasa pengambaran "Drama Cinta Madinah" yang
> bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua

> krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul
> kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah
Pak Long Isa pernah
> tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul
> kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t.
> ciptakan Nabi Adam
> a.s.
>
> Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam
> melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh
> Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat

> dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
> oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
> berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
> mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar,
> tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan
> kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok
> tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
>
> Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus
> dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses
> pendebungaan
betina
> dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar
> jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya,
> berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit

> dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan
> berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga
> jantan ia mengeluarkan debu-debu halus.
>
> Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas
> (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar

> betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua
> tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang
> terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang

> elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak
> boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar
> tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan
> manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC.
>
> Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah

> musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi
> sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan
> berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada
> satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses
> pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu
> yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.
>
> Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk
> kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
> " Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
> sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau
burung
> yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah
> s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan
> manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan
> turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman
ini.
> Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak
> Long.
>
> Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
> keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long
> Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,
"Gosok
> pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata
> kami
> tergamam.
>
> "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
> tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan

> manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah
> kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah
> saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
> Rasulullah s.a.w. dan
> Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik

> buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia
> sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah
> asal kejadiannya.
> Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya
> di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca
> yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi
> barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar. "Selamat Menunaikan
> Ibadah Puasa."....


Subhanallah......
Jumpa lagi...

0 comments: