Friday, February 1, 2008

Adab Mendengar Azan - Pelajaran Untuk Kita

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

Kisah Susu Ibu - Ilmu berguna

Haaa....kisah benar dan menarik .. .....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada
dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak
perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan
anak lelaki tersebut ! kes berebut anak lelaki lah....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul
sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.
Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika
bertanya pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya,
kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit
masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya doktor dari mesir, macam mana nak
selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni
agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam
Al-Quran. Maka terkedu doktor dari mesir tu! reluctantly,, doktor dari
mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu
seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya apa
masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut
tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang
melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat
galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa
keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama
tersebut. Mau tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan
apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut
berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda
itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi
bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu
bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak
perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh
kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk
anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !