Saturday, November 19, 2011

Terapi Habbatus Sauda' : Bahagian 1


Habbatus Sauda atau disebut juga sebagai jintan hitam adalah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan-kawasan beriklim panas. Ia dipanggil Nigella sativa dalam bidang botani. Biji hitam ini telah dikenali dan dimanfaatkan sejak beribu-ribu tahun terutamanya oleh masyarakat Timur Tengah dan India. Ia digunakan sebagai makanan bagi memulihara kesihatan dan merawat penyakit serta untuk tujuan kecantikan. Nabi Muhammad SAW mengiktiraf Habbatus Sauda ini sebagai ubat sebagaimana sabdanya yang bermaksud
" Pada Habbatus Sauda itu terdapat ubat daripada segala penyakit kecuali al-Saam (maut)"
(Riwayat Ibn Majah)

Dalam kitab al-Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai al-Habbah al-Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa kesan sampingan...