Wednesday, November 3, 2010

Ujian PTD: 13 November ni.....Boleh ker..

Salam sejahtera sahabat2 semua...

Teropong alam nk mula bercuti sempena deepavali Jumaat ni...sebelum bercuti ni, teropong alam nak kongsi pasal peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 yang jangkanya 13 Nov 2010 ni.

Ujian PTD ni diorang kata memang susah...dalam famili teropong alam pun seorang aje yang pernah lalui dan Alhamdulillah dia pass.

So, apa yang teropong alam nak share kali ni adalah kenapa seseorang boleh gagal dalam ujian PTD ni. Ini teropong dapat daripada sahabat kat FB. Katanye ada 13 sebab kenapa calon selalu gagal ujian PTD ni. Berikut adalah sebab musababnya...

1. Kurang Maklumat
2. Tidak Tahu Bagaimana
3. Kurang Maklumat Tentang Isu Semasa
4. Tidak Tahu Format dan Ujian yang Bakal Dilalui
5. Tidak Membuat Persediaan Rapi
6. Gemuruh
7. Maklumat Bercampur
8. Benci Subjek Sejarah dan Matematik
9. Malu/Angkuh untuk Bertanya
10. Cepat Menyerah ... gagal skali
11. Overconfident
12. Datang Lewat
13. Sekadar Cuba Nasib


Itulah sebab-sebabnya. Nak tau detail lagi teropong alam syorkan sahabat2 muat turun percuma laporan kenapa gagal ujian PTD oleh team tipsptd. Download sekarang di sini.
Selamat berjaya dan selamat bercuti

PETUA IMAM SYAFIE

Salam sejahtera sahabat-sahabat,

Hari ini teropong alam ada membelek inbox emel teropong alam, belek la emel-emel lama zaman-zaman muda dulu.

Adalah teropong alam jumpa 1 emel berkenaan petua Imam Syafie.. So, untuk kali ini teropong alam nak kongsikan emel tersebut untuk tatapan bersama. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim &
Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Ok, jumpa lagi lain kali dengan perkongsian lain pula.

Sunday, October 24, 2010

Makanan Terbaik Adalah Makanan Syurga...

Salam sejahtera sahabat handai....

Kali ini Teropong alam ingin berkongsi info mengenai makanan di Syurga..

Makanan di syurga tidak seperti makanan di dunia yang fana ini yang kalau kita nikmati banyak kesannya pada tubuh badan kita ini sama ada kita sedar atau tidak. Dan sudah pastinya banyak negatifnya dari positif. Ahli syurga boleh makan dan minum sepuas-puasnya tanpa perlu sakit perut atau membuang air.

Rasulullah s.a.w bersabda ; "Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namun mereka tidak meludah, kencing, buang air ataupun mengeluarkan hingus."
Lalu para sahabat bertanya; "Lalu apa jadi pada makanan mereka?"
Rasulullah s.a.w menjawab; "Menjadi peluh yang berbau kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas." (Riwayat Imam Muslim daripada Jabir r.a.)

Oleh sebab syurga ialah negeri yang abadi, maka makanan syurgawi itu mengandungi sifat keabadian. Kalau sedikit daripada makanan itu dimakan manusia di dunia ini, nescaya ia tidak akan berasa lapar lagi hingga akhir hayatnya. Dan menariknya, peristiwa ini memang benar-benar berlaku.

Imam Tajuddin Ibn al-Subki (w.771H) bercerita dalam kitabnya Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra (beliau menukilnya daripada Tarikh Nisabur karya Imam al-Hakim) mengenai seorang perempuan yang suaminya baru sahaja mati syahid. Ia lalu bermimpi berjumpa dengannya di dalam syurga. Si suami memberi isterinya sedikit daripada makanan syurga yang sedang disantapnya. Wanita itu berkata, "Bentuknya seperti roti, namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu. Rasanya lebih manis daripada madu dan gula. Lebih lembut daripada mentega dan samin."

Setelah terjaga daripada tidurnya, wanita ini berasa sangat kenyang. Dan sejak hari itu, ia tidak pernah berasa lapar dan haus lagi. Beliau juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya.

(Sumber daripada Majalah Solusi Isu 22)

Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada penghuni negeri abadi (syurga). Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang akan mendiaminya..

Saturday, October 23, 2010

Tips Untuk Membuat Keputusan

Salam sejahtera semua,

Hari ini teropong alam nak berkongsi sedikit tips yang teropong alam baca dari majalah solusi isu 22.

Kita mesti pernah menghadapi kesulitan dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan..(Kadang-kadang nak beli pencuci pinggan pun susah nak pilih nak jenis biasa ke jenis luar biasa ke jenis tut ke) teropong alam x pernah ler ;) tapi selalu terkena..

Jadi 3 tips di bawah ini boleh kita amalkan untuk membantu kita membuat pilihan yang terbaik untuk kita.

1) Solat istikharah..
Solat istikharah patut menjadi amalan umat Islam dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang kita suka adalah yang terbaik untuk kita dan perkara yang kita tak suka mungkin adalah yang terbaik untuk kita bahkan mungkin memberi manfaat yang besar sepanjang hidup kita. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita seperti firmanNya yang bermaksud :
"Dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk untuk kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semua itu, sedang kamu tidak mengetahuinya." Al-Baqarah 2:216.
Oleh itu, jika kawan-kawan ingin membuat sesuatu keputusan yang besar, adalah lebih baik kita mohon petunjukNya supaya pilihan kita nanti akan membawa manfaat dan bukan mudharat pada kita. Apa-apa pun kembali padaNya.

2) Musyawarah..
Cara kedua ini sesuai diamalkan dalam sesuatu organisasi seperti dalam keluarga, persatuan dan sebagainya. Musyawarah, syura, bermesyuarat atau diskusi amat penting. Satu akal yang bersuara membuat keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu membuat keputusan.

3) Dengar kata hati.
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. tetapi ada syaratnya. Bukan sebarangan hati yang kita boleh ikut. Nanti jadi pula ikut hati mati jadinya. Hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardhu, solat taubat atau solat istikharah serta ketika sedang berpuasa.

Itulah 3 tips yang ingin teropong alam kongsikan kali ini. semoga keputusan yang kita ambil selepas ini akan memberi manfaat yang berguna bukan sahaja pada kita tetapi seluruh orang di sekeliling kita. Apa yang ingin teropong tambah tips ini tidak diamalkan dalam menyempurnakan arahan Allah dan meninggalkan laranganNya. Sebab itu semua adalah ketentuan yang Maha Berkuasa. Tidak perlulah kita berfikir lagi untuk melaksanalannya.

Semoga kita terus dirahmatiNya....

Jumpa lagi..

Friday, April 2, 2010

Laporan Percuma : 6 Modul Adsense


Salam sejahtera semua, hari ini teropong alam ingin berkongsi 1 Laporan PERCUMA yang mendapat sambutan hangat sekarang iaitu 6 Modul Adsense Percuma. Laporan Rahsia memulakan blog adsense dengan betul ini ditelah ditulis penggiat Adsense sepenuh Saudara Nawar yang terkenal dengan Pakej Jana Wang Adsensenya.

6 Modul Adsense Percuma ini adalah kemaskini terbaru yang telah dibuat oleh saudara Nawar bersama dengan Pakej Jana Wang Adsense Ver 2.5.

Dalam laporan ini anda akan diajar langkah demi langkah :
1.Apakah Google Adsense Program
2.Keyword Research
3.Keyword Brainstorming
4.Membina Laman Blog
5.Memohon Google AdSense Account
6.Meletakkan Code AdSense DiBlog Anda

Anda boleh download Laporan 6 Modul Adsense Percuma di => http://dapatduitinternet.info/optinpage

Ok. Selamat berjaya

p/s: Ingin pendapatan tambahan dengan Adsense . Dapatkan pakej lengkap Jana Wang Adsense Versi 2.5 di =>http://www.dapatduitinternet.info/janawangadsense/index.php?ref=download

Friday, March 5, 2010

Ilmu : Tiga Surah Tiga Kekuatan

Salam sejahtera sahabat-sahabat...

Hari ini teropong alam nak berkongsi 1 emel dari sahabat teropong alam. Terima kasih pada sahabat tersebut atas kiriman cerita ini. Semoga menjadi panduan pada sahabat-sahabat yang lain juga..

Quote from emel :

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid..Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun.
Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak
kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;r
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.


Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.

Begitu lah coretan teropong alam untuk kali ini. Semoga menjadi pegangan kita semua.

Bagi yang berminat mendapatkan buku-buku ilmiah, motivasi, hadith dan pelbagai lagi boleh layari kedai buku online yusnur.

Monday, March 1, 2010

Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah

Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang Baik

Sebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Dapatkan koleksi buku-buku ilmu,agama, hadith, motivasi dan pelbagai lagi di kedai buku online yusnur.

Monday, January 25, 2010

PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA !!!

Salam sejahtera....
Tahun 2010 sudah masuk hari ke 26... harap semua dalam landasan yang betul...

kali ni teropong alam nak berkongsi sikit pasal pengakuan ni..dikirim seorang sahabat..renung2 kan dan selamat beramal...:) selamat membaca..

PENGAKUAN LELAKI TERHADAP WANITA !!!

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

Wednesday, January 20, 2010

CINTA SEORANG SUAMI...: Based on True Story..

Salam sejahtera semua....

Kali ni teropong alam nak kongsi mengenai kisah cita seorang suami.....semoga memberi pengajaran buat kita....amin...

CINTA SEORANG SUAMI..
------------------------------------------
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja
bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya
diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua.
Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi
selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa
tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan,
dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan
TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya
tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya
tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya
makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan
selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa
sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan
respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan
bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia
merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka,
sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih
kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua
mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal
dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia
inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami
ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak
merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,
bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami
rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua
bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan
merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang
sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh
anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....
mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu
kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah
melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir
di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah
dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia
meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik
dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat
butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu
ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV
swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh
dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah
tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang
kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan
sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan
luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia
sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh
hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan
dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu
merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit
.... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada
Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan
segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .


Kisah yang wajar kita teladani.

Salam juang 165,

AHMAD YANI ABD MANAF (Karangkraf)
Alumni Eksekutif Angkatan 41 Jkt.