Wednesday, December 12, 2007

BAHAYA KENTUT BAGI PIHAK KETIGA

BACA DAN AMBILLAH PENGAJARANNYA
Ramai maut kerana kentut di Amerika
WASHINGTON: Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi
pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS). Dijangka segera
mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai bahaya
kentut.
"Kentut, jika kerap dihidu boleh mengakibatkan sakit kepala,gangguan pada
mata, emfisema, lelah, bronkitis dan sakit jantung.
Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS mati disebabkan kentut dan ramai
lagi menderita penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan
itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC)
AS.
Katanya, orang ramai mesti menyedari kentut sebenarnya merosakkan kesihatan
orang lain.Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap tahun kentut
menyebabkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar, 30,000 lelah dan
50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah pemakanan tidak teratur,kini
ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu,purata
penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.

Moral of the story : Elakkanlah kentut merata-rata. Ingatlah orang-orang
tersayang !!!! Kah.....kahaaaaaa......!!!

0 comments: