Monday, October 1, 2007

Tips Kewangan Dari Dr Irfan Khairi

Salam Sejahtera,rakan-rakan.

Hari ini saya ingin kongsikan bersama tips kewangan dari Jutawan Internet terkenal Dr Irfan Khairi. Teruskan membaca ya...

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10%daripada pendapatan kita. Konsep "Pay yourself first!"

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man inBabylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn hartakita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh keranaia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akandatang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama initerasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebabhujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% daripendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatanRM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh?

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%,naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%... 4%...berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun,anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidakmengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadibukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan %tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2tanggungan hidup

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep "compounding".

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami danmanfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerimapulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yangmemulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya... dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.

*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akanmenjadi RM2,000!

*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Dibiarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! Ini antarasebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahamikonsep penting COMPOUNDING!

Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10% (pay yourself first),laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanananda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Laburkan secara selamat dan halal melalui institusi kewangan yang sah :)

~WW Bersama Dr Irfan Khairi, Astro

Semoga berjaya..;)

0 comments: