Wednesday, October 24, 2007

Sedikit Ilmu

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para
hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang
maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada
tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita
melihat kedua tapak tangan dan perhatikan
garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan di
tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa
Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah
81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara
ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan
menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan
sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian
barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3
macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan
kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim
yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang
dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia
merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana
garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan
oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal
dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk
kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalah penawar yang paling mujarab bagi
keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the
first
line of treatment for poisoning adalah dengan
memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.

Garam juga dapat menghalang sihir dan
makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan
itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan
penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca
maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber
makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum
berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita
minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg
besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila
kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon
dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan
menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan
minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg
panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk
bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah
berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih
atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di
daerah tulang
belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10
unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan
suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati
salah kerana zina
hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana
apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan
membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan
virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu
dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun
disebat 100 kali ia akan
tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia
tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit
sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul
Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda
sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,
Mudaris Iskandar mengenai
Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh
para cendikiawan dari Pakistandan Arab, didapati,
tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat
persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas
setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi
sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar,
Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan
kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah
Jazakallah

Nota: TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....
BAGUS NI... " Berbudi selagi perlu, Berukhuwah
selagi mampu "

0 comments: