Wednesday, October 3, 2007

Pengguna Telefon Prepaid

Maklumat untuk dikongsi untuk pengguna pra bayar.

Mulai 1 October 2007 pengguna telefon bimbit prabayar boleh mendapatkan penyata bil terperinci mereka secara online.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah malayari laman web syarikat telekomunikasi masing-masing. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengarahkan syarikat telekomunikasi supaya menyediakan perkhidmatan itu berikutan keputusan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik baru-baru ini.

Sebaliknya mereka boleh memeriksa bil dan penggunaan mereka secara online. Sekiranya mereka mahu penyata bil dihantar kepada mereka, sejumlah kecil yuran akan dikenakan.

Pengguna prabayar Maxis dan Celcom kini boleh menikmati kemudahan tersebut semntara pelanggan DIGI telah menikmatinya sejak 27 April 2004 menerusi http://www.digi.com.my./

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menetapkan tarikh akhir 1 Okt untuk semua syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan online tersebut, namun Maxis telah pun menyediakannya sejak 26 Sept lalu.

Pelanggan Maxis perlu mendaftar di http://www.hotlink.com.my/ sebelum mereka boleh mendapat perkhidmatan percuma itu sementara pelanggan Celcom boleh melayari http://www.celcom.com.my./

0 comments: