Assalamualaikum
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat :
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya :
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :
di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.
Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah :
Wednesday, October 3, 2007
Temuduga & Kekosongan Jawatan
Catatan oleh Yus pada 5:23 PM 0 comments
Komen dari Ustaz Nor Raihan berkenaan Emel AnehTapi Nyata!!
Salam Ramadhan ke 22....
Saya menerima emel berkenaan penyebaran emel Aneh Tapi Nyata oleh ustaz NOR RAIHAN BIN AZIZ Imam BIMB Jabatan Syariah. Banyak sudah emel2 seperti ini disebarkan....
Untuk tatapan anda kali,baca dan fikirkan sendiri...
RENUNG-RENUNGKAN…………….
Subject: FW: HATI-HATI....Komen dari Ustaz Nor Raihan berkenaan Emel AnehTapi Nyata!!
KOMEN DARI USTAZ NOR RAIHAN_BERKENAAN EMEL ANEH TAPI NYATA
Pekara di bawah ini adalah menyalahi 'syara' dan HARAM disebarkan.
1. Mempercayai ada yang berkuasa selain Allah dalam memakbulkan hajat kita adalah menyimpang daripada aqidah Islam yang murni berdasarkan firman Allah: "..Hanya ALLAH tempat kita minta pertolongan."
2. Sememangnya kita disuruh berusaha TETAPI janganlah usaha itu menyalahi syara' (hukum Allah). Cthnya: kita disuruh berusaha menghilangkan dahaga TETAPI janganlah berusaha dengan cara minum arak. Kita disuruh berusaha menghilangkan sakit TETAPI janganlah dengan cara menggunakan jin/ syaitan/jembalang. Kita disuruh berusaha mencarai rezeki TETAPI janganlah mencuri @ merompak @ peras ugut.
Demikianlah dalah perkara ini, kita disuruh berusaha TETAPI bukan dengan cara MENSYIRIKKAN ALLAH.
3. Apa yang membimbangkan ialah kalimah "SEND THIS KALIMAT TO 12 NICE PERSONS AND YOUR FINANCIAL POSITION IMPROVES WITHIN 12 HRS 100% GERENTI.MEMANG ANEH TAPI NYATA.. dah ada tuhan lain ke yang makbukan doa kita .suatu kalimah yang membawa kepada fahaman 'khurafat' dan 'syirik'.
4. Oleh itu, sila hentikan 'kerja yang tidak berfaedah ini'. Jangan menyebarkan fahaman yang salah lagi songsang ini.
5. Jika ada yang mempercayai kata-kata tersebut, "Siapa yang sanggup menjawab di hadapan ALLAH Ta'ala". Firman Allah : "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati; semuanya akan ditanya tentang apa yang dilakukannnya."(Surah Al-Isra': 36)
6. Sila 'forward'kan e-mel ini kepada mereka yang saudara/saudari telah hantar attachment di bawah atau saudara/saudara akan menjawabnya di hadapan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sekian.
NOR RAIHAN BIN AZIZ
Imam BIMB
Jabatan Syariah.
Jadi anda fikir2kan lah ya. Banyak juga sms seperti ini disebarkan. Pada pendapatan saya,adalah baik untuk sebarkan kalimah-kalimah Allah pada umat Islam tetapi sebagai ingatan sesama Islam bukan kerana mempercayai kata-kata dalam emel atau mesej tersebut yang konon boleh memberi kesenangan,kebahagian dan bermacam2 lagi pada kita. Semoga kita semua dijauhi dari sikap mensyirikkan Allah s.w.t. Amin....
Catatan oleh Yus pada 5:10 PM 0 comments
Tuesday, October 2, 2007
Pakai Tali Pinggang Di belakang
Salam semua sahabat...
Sempena hari raya bakal menjelang ni, just nak sampaikan pesanan. Penumpang kereta yang duduk di belakang tu jangan lupa pakai tali pinggang keledar.
Kalau tak jadi macam minah kat bawah ni......Sian bebbbb....
Catatan oleh Yus pada 10:32 PM 0 comments