Monday, October 1, 2007

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita di sarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.."

yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"YaAllah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Ju jur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi k ej ahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'suratberantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya selera

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

Kali ini aku nak berkongsi kisah ini bersama rakan-rakan semua. Jadikan pedoman untuk kita.

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR....

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada
erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan
pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti
telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada
di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih

terbayang...

abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap

dan

memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih

dari

seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah
2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak
mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu... abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan

Mak

baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar

kat

kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah
kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka

esok

nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya
buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut
mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ....
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi
kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar
sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. . dan mengebumikannya. hati ini
sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah
seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari
masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan
memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa
berterus terang.... seringkali tidur di peha.
Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa

yang

ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar
tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat



berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa

keropok. dll.......

Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu
juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan
berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu
cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada
macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu
fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati
orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa
abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan
api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia
dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti
nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
YaALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. . tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi

abah seribu

mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. .. abah meninggal
5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb
Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis
tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...

pastu ditanam...

tanahnya masih penuh kat tepi....

terlebih tandanya seorang yang pemurah....

sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang
selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan
bilal turut menangis....


"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board

tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat
abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah
terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya
yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan
iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .

Tips Kewangan Dari Dr Irfan Khairi

Salam Sejahtera,rakan-rakan.

Hari ini saya ingin kongsikan bersama tips kewangan dari Jutawan Internet terkenal Dr Irfan Khairi. Teruskan membaca ya...

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10%daripada pendapatan kita. Konsep "Pay yourself first!"

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man inBabylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn hartakita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh keranaia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akandatang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama initerasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebabhujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% daripendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatanRM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh?

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%,naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%... 4%...berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun,anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidakmengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadibukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan %tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2tanggungan hidup

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep "compounding".

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami danmanfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerimapulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yangmemulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya... dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.

*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akanmenjadi RM2,000!

*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Dibiarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! Ini antarasebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahamikonsep penting COMPOUNDING!

Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10% (pay yourself first),laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanananda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Laburkan secara selamat dan halal melalui institusi kewangan yang sah :)

~WW Bersama Dr Irfan Khairi, Astro

Semoga berjaya..;)